knowt logo

Case Maria (Natra)

Case Maria (Natra)

PENGENALAN

Kisah ini berlaku entetan penjajahan Jepun ke Asia Tenggara dan telah menyebabkan ramai tentera Belanda telah ditawan. Huberdina Maria Hertogh atau nama Islamnya Natrah atau Nadra binte Ma’arof merupakan anak kedua daripada pasangan Belanda Adeline Hunter & Andrianus Petrus Hertogh yang dilahirkan pada 24 Mac 1937 di Jawa Barat. Natrah telah diserahkan kepada seorang bangsawan iaitu Che Aminah binte Mohamed yang berasal dari Kemaman, Terengganu tetapi menetap di Indonesia, dan Natrah pada ketika itu berusia 5 tahun apabila bapanya yang merupakan tentera Belanda telah ditahan. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah tersebut telah diberikan oleh ibu dan neneknya, Nor Louisyen, tanpa pengetahuan bapanya bagi tujuan perlindungan. Che Aminah fasih dalam berbahasa Melayu, Indonesia, Inggeris dan Jepun dan demikian itu, telah menjadi penterjemah bahasa kepada tentera Jepun di Indonesia. Natrah telah dibesar dan dididik oleh Che Aminah dengan adat resam dan budaya Melayu yang dipersetujui oleh ibu kandung Natrah, justeru dia telah dibawa untuk memeluk Islam.

            Rusuhan yang berlaku di Indonesia membuatkan Che Aminah telah memutuskan untuk pulang ke tanah airnya di Kampung Banggol, Kemaman pada 15 November 1945, dengan membawa Natrah bersama- samanya. Natrah telah dilumurkan dengan minyak hitam di seluruh badan dan dibotakkan sewaktu ingin dibawa pulang ke Tanah Melayu kerana dikhuatiri akan dibunuh kerana pada ketika itu, kebencian orang Indonesia terhadap orang Inggeris amat membuak- buak kerana dianggap bangsa penjajah. Setelah beberapa tahun, bapa Natrah, Sarjan Hertogh telah dibebaskan lalu kembali ke Belanda bersama ibu dan adik- beradiknya yang lain tanpa membawa dia bersama.

Pada tahun 1945, bapa Natrah mencarinya dan telah menawarkan sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang menjumpainya dan perlu membawanya ke Singapura. Natrah telah berjaya dikesan oleh seorang penasihat British, Arthur Locke sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Lalu, bermulanya titik jerih perih seorang kanak- kanak Belanda apabila timbulnya perebutan hak penjagaan.

Che Aminah telah membawa Natrah untuk dipertemukan dengan bapanya pada 12 April 1950 ke Singapura. Namun begitu, Natrah telah dihantar dahulu ke rumah kebajikan Girls Homecraft Centre, York Hill, di Singapura setelah diarahkan oleh Ketua Hakim Mahkamah Singapura pada 22 April 1950. Che Aminah yang tidak sampai hati ingin melepaskan Natrah telah menggunakan khidmat guaman dengan peguam belanya iaitu Encik Ahmad Ibrahim untuk menuntut kembali Natrah melalui Mahkamah Rayuan. Pada 28 Julai 1950, Che Aminah telah berjaya memenangi kes tersebut dan izharnya, Natrah telah kembali ke pangkuan hak jagaanya. Konflik menjadi lebih keruh apabila Natrah yang berusia 13 tahun kemudiannya telah dinikahkan dengan seorang guru yang berusia 22 tahun, iaitu Mansoor Adabi yang merupakan anak tunggal sasterawan yang berasal dari Kelantan, Abdul Kadir Adabi. Menurut Che Aminah, beliau trauma akan kejadian sebelumnya lalu memutuskan untuk mengahwinkan Natrah. Sebaliknya, ibu bapa Natrah telah menuntut hak penjagaan semula oleh dasar kapasiti pernikahan. Pada kali ini, Che Aminah tewas kerana mahkamah memutuskan hak penjagaan kepada ibu bapa Natrah.

Intihanya, wujudnya kontroversi yang mengakibatkan rusuhan besar berlaku di Singapura pada 12 Disember 1950. Pada ketika itu, rusuhan itu turut disertai oleh orang biasa dan pegawai Tanah Melayu sebagai tindakan memboikot arahan pegawai Inggeris agar rusuhan itu dibiarkan berlangsung kerana menyentuh isu akidah seorang muslim. Rusuhan itu telah menyebabkan sekurang- kurangnya 18 orang terkorban dan lebih daripada 200 orang lain cedera. Konflik yang timbul rentetan tragedi ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci di bahagian seterusnya.

ISU 1 (CHRISTIE- KAHWIN ISLAM VS PENGHAKIMAN INGGERIS)

Apabila Adeline menangi hak penjagaan anak kandungnya Maria pada perbicaraan kali pertama, Aminah menjadi gusar dan trauma. Kerana enggan perkara itu terjadi semua, beliau mengawinkan Maria yang pada ketika itu 13 tahun dengan seorang guru yang berusia 22 tahun, Mansoor Adabi. Ekoran daripada hal ini, ibu bapa kandung Maria mencabar kesahihan perkahwinan itu melalui konsul general negara Belanda. Ibu bapa kandung Maria meminta mahkamah untuk menyemak kembali kesahihan perkahwinan itu dan pada masa yang sama menuntut hak penjagaan Maria kembali. 

Perkara yang dipersoalkan kan pada ketika itu adalah umur Maria yang masih di bawah umur sah untuk berkahwin dibawah undang-undang Belanda pada ketika itu. Aminah, ibu angkat Maria menegaskan bahawa Maria sudah mencapai umur baligh dan dalam agama Islam pada ketika itu, Maria sudah sah untuk membuat keputusan sendiri. Sepertimana kenyataan yang dibuat oleh Aminah, beliau menyatakan beliau tidak membincangkan perkara perkahwinan ini dengan orang lain melainkan Maria sendiri kerana Maria suda mencapai usia baligh dan sudah boleh membuat keputusan sendiri. 

Pernikahan antara Maria dan Mansoor Adabi merupakan perkahwinan yang dipanggil oleh agama Islam sebagai Nikah Gantung. Ia merupakan satu amalan yang biasa dikalangan umat Islam di Singapura dan Melayu pada ketika itu. Perkahwinan ini biasanya dijalankan untuk menghindarkan pasangan kekasih dari melakukan perkara yang haram di dalam Islam. Pernikahan ini hanya akan sah apabila pasangan ini melalui process persandingan. Dan apabila Maria dan Mansoor Adabi bersanding, komuniti orang Islam menganggap perkahwinan mereka berdua ini adalah sah.

Namun demikian, dalam keputusan mahkamah Justice Brown dari mahkamah tertinggi singapore. Perkahwinan ini diisytiharkan sebagai tidak sah. Ini adalah kerana, Maria merupakan orang Belanda dan terikat dengan undang-undang Belanda, oleh itu, umur Maria pada ketika itu belum sah untuk mengikat perkahwinan. Tambahan pula, perkahwinan tersebut telah dilaksanakan di Singapura yang menggunakan undang- undang penjajah, iaitu Inggeris pada ketika itu. 

Mahkamah juga menjelaskan bahwa Maria adalah bukan beragama Islam kerana Maria sudah pun dibaptis dalam agama Roman Catholic semasa dilahirkan. Mahkamah juga memutuskan bahawa hak penjagaan kini telah jatuh ke tangan ibu kandung Maria iaitu Adeline kerana hak ibu bapa adalah lebih tinggi berbanding daripada kuasa Mahkamah.

ISU 2 (HANI- ISLAM VS KRISTIAN)

Sewaktu Adeline ingin menyerahkan anaknya kepada Che Aminah, dia telah meminta pertolongan daripada nenek kandung Maria iaitu Nor Louise untuk memastikan keselematan beliau dan anak-anaknya terjamin. Berbeza dengan Adeline, Nor Louise seorang yang beragama Islam dan dia sangat bersyukur kerana mempunyai kenalan lamanya, Che Aminah. Aminah yang merupakan seorang bangsawan telah banyak menolong bukan sahaja setakat memberikan perlindungan kepada mereka malah menyediakan bantuan kewangan dan bekalan makanan. Disebabkan hal ini, Adeline dan Louise berasa simpati dan mahu memberi salah seorang anak Adeline untuk menjadi anak angkat kepada Aminah tanpa persetujuan Sarjan Adrianus.

Selepas beberapa tahun hidup bersama ibu angkatnya, Maria dikejutkan berita bahawa bapa kandungnya mahu mengambilnya pulang ke Belanda bersamanya pada tahun 1950. Hal ini menimbulkan pelbagai konflik apabila mahkamah telah memutuskan bahawa Maria yang sudah diislamkan mesti dikembalikan kepada ibu dan bapa kandungnya yang tinggal di Belanda dan bapanya diberi hak dalam menuntut agama anaknya menurut undang-undang Belanda. Keputusan ini mengecewakan masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu apabila Maria atau nama Islamnya Natrah Maarof akan dimurtadkan.

Aminah sangat sayang akan anak angkatnya dan tidak mahu berpisah dengannya. Disebabkan hal itu, Aminah telah memberi keterangan di mahkamah bahawa Adeline dan Nor Louise tidak mempunyai bantahan terhadap Maria untuk dibesarkan mengikut ajaran Islam dan budaya Melayu. Tetapi keterangan ini dipertikaikan apabila testimoni Adeline di mahkamah ditunjukkan sebaliknya. Pelbagai inisiatif telah dibuat oleh kedua ibu bapa kandung Maria untuk membawa pulang Maria. Dalam kes ini, mahkamah mengakui Maria secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim sehinggalah pada tahun 12 Disember 1950, Hakim telah menjatuhkan hukuman bahawa Maria mesti dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Ini disebabkan bapanya lebih berhak ke atas penentuan agamanya. Selepas daripada kejadian itu, Maria telah dihantar pulang dan seterusnya dijadikan Katholik. 

ISU 3 (AFIQ - STATUS KEAGAMAAN)   RASA MACAM BUTTER BUAT HAK PENJAGAAN ANAK

    Pada 1 Ogos 1950, Natrah telah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkatnya iaitu En. Mansor Adabi di 139, Serangoon Road, Singapura. Pada ketika itu, umur Mansor Adabi adalah 22 tahun dan umur Natrah adalah 13 tahun. Mengikut undang-undang Syariah Islam, perempuan yang berumur 13 tahun dibenarkan berkahwin. Hal ini dirujuk dari situasi isteri Nabi Muhammad S.A.W, Siti Aisyah. Pada 26 Ogos, The Hertoghs menidakkan kesahihan perkawinan Maria, dengan mengeluarkan kenyataan “perkahwinan Maria tidak sah dan meminta pemulihan hak asuhannya kepada ibu bapa kandungnya”. Didalam saman yang dikenakan turut mengarah Maria dijaga dalam bidang kuasa pengadilan selama persidangan kes. Pada 20 hingga 24 November 1950, perbicaraan dilakukan dan dalam keputusannya yang disampaikan pada 2 Disember bulan berikutnya.

Mahkamah telah memutuskan bahawa, selagi umur tidak mencapai 18 tahun dan ke atas, hanya penjaga sahaja yang berhak untuk memutuskan segalanya bagi pihak tersebut. Mahkamah telah menyebut dan menegaskan bahawa, bukan ibu bapa tetapi penjaga. Mahkamah mengakui ketika kes ini, Natrah secara rela tanpa menerima paksaan dari mana mana pihak untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang yang memegang  status sebagai seorang yang beragama Islam ataupun muslim. Mahkamah berkata, “Siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian?  Bapanya lebih berhak ke atasnya”. Akhirnya, pada tanggal 12 Disember 1950 hakim menjatuhkan hukuman iaitu, Natrah mestilah dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di negara asal mereka iaitu Belanda. Selain itu, bapanya juga diberikan hak dalam menentukan agama anaknya (Natrah). Disini, pendakwa berhujah samada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun menganut agama yang telah ditentukan oleh bapanya.  

PERBINCANGAN ISU- ISU KES MENGIKUT UNDANG- UNDANG TERKINI

Terdapat beberapa undang-undang yang telah digubal bagi menangani isu status agama anak bawah 18 tahun. Antanya adalah Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan dan Pindaan Enakmen Agama Islam Perak 2004. Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibunya atau bapanya atau penjaganya. Berdasarkan peruntukan ini persetujuan salah satu pihak sahaja sudah memadai dalam menentukan agama seseorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) ini ialah "parent or guardian" bukannya "parents or guardian" di mana is bermaksud "ibu atau bapa atau penjaga.". Manakala bagi Pindaan Enakmen Agama Islam Perak 2004 pula, ianya menyatakan bahawa Seseorang individu yang belum mencapai umur 18 tahun perlu mendapatkan persetujuan ibu dan bapa bagi pemelukan agama Islam. Terdapat perbezaan kondisi bagi kedua undang-undang ini untuk menukar status agama anak dimana salah satunya hanya perlu mendapatkan persetujuan salah satu diantara ibu atau bapa atau penjaga manakala bagi undang-undang kedua ia menyatakan bahawa untuk menukar status agama anak ia perlu mendapatkan persetujuan daripada kedua-dua ibu dan bapa. 

Walau bagaimanapun, bagi kes Huberdina Maria Hertogh, kedua-dua undang-undang diatas tidak boleh digunakan kerana beliau tidak menetap di Malaysia melainkan Che Aminah membawa Maria ke Tanah Melayu. Oleh itu, status keagamaan Maria perlu menggunakan undang-undang yang digubal oleh kerajaan Indonesia ketika itu. Salah satunya adalah Pasal 42 ayat (2) UU Perlindungan Anak dimana ia menyatakan bahawa “sebelum anak dapat menentukan pilihannya, agama yang dipeluk anak mengikuti agama orang tuanya”. Mengikut konteks ini, status keagamaan Maria tertakluk kepada “orang tua”nya. Bagi fahaman orang-orang di Indonesia “orang tua” bermaksud ibu atau bapa. Oleh sebab itu, sekiranya Maria masih di Indonesia, walaupun dijaga oleh Che Aminah, Maria harus mengekalkan status agama Kristian. Segala penukaran agama bari Maria perlu dilakukan di Tanah Melayu.

PENUTUP 

Tuntasnya, kes Huberdina Maria Hertogh ini telah meninggalkan impak yang signifikan hingga ke zaman kontemporari ini. Kemelut yang membelenggu masyarakat pada suatu masa dulu adalah amat berharap tidak berulang kembali dan memberi uswah kepada masyarakat kini agar lebih cakna dalam membuat keputusan, dan berharap agar dapat merungkai stigma negatif masyarakat terhadap isu keagamaan mahupun budaya. Sebagai seorang pemimpin, kita juga perlulah membuat keputusan secara holistik dan bersungguh- sungguh dalam memperjuangkan kebenaran seperti semangat yang ditunjukan oleh Prof Tan Sri Dr Ahmad Ibrahim. Semangat perpaduan dan permuafakatan masyarakat pada ketika itu yang sanggup bergolok- gadai dalam mempertahankan hak Maria sehingga sanggup ke rusuhan di Singapura amatlah disanjung mulia persis peribahasa ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya. Intihanya, semangat dan kesatuan pada masa dahulu wajar dijadikan contoh dan ditanam dalam diri setiap individu pada masa kini. Di samping itu, usaha- usaha yang diimplimentasikan perlu dihargai hingga kini.

Y