knowt logo

P24 : QANAAH HIASAN PERIBADI

P24 : QANAAH HIASAN PERIBADI

MAKSUD QANAAH

BAHASA- REDHA

ISTILAH- BERASA CUKUP DAN REDHA DENGAN KURNIAAN ALLAH SWT

CONTOH SIFAT QANAAH RASULULLAH SAW

♥︎Kisah Saidina Umar Al-Khattab r.a menziarahi Rasulullah SAW dirumahnya. Baginda sedang berbaring diatas TIKAR DAUN tanpa beralaskan apa-apa, sehingga berbekas badan Baginda. Saidina Umar menangis melihat keadaan seorang kekasih Allah sebegitu. Rasulullah SAW bertanya kepadanya "Kenapa kamu menangis?" Dijawab Saidina Umar, Kisra dan Kaisar menetap di istana mereka dengan megah, Adakah sebegini sebegini wahai Rasulullah? 
Maka Rasulullah SAW menjawab: Tidakkah engkau REDHA bagi mereka dunia dan bagi kita akhirat?

♥︎Rasulullah SAW dan keluarga Baginda tidak pernah makan makanan mewah apatah lagi makan sehingga kenyang. Pernah berbulan-bulan dirumah Baginda tiada makanan untuk dimakan dan dimasak. Saidatina 'Aisyah ditanya: "Apakah makanan kalian?" Lantas beliah menjawab: " 2 benda hitam "Al-Aswadaan" iaitu tamar dan air".

CIRI SIFAT QANAAH

1) Beriman dengan sifat Allah "Ar-Razzaq" (Allah Pemberi Rezeki)
2) Sentiasa BERSYUKUR
3) Sentiasa REDHA dan TABAH menerima ujian
4) Hidup bersederhana
5) Selalu bertawakal kepada Allah
6) Tidak iri hati kepada kelebihan/kemewahan orang lain

QANAAH RASULULLAH SAW

1) Baginda mampu untuk hidup mewah tetapi baginda tidak mahu

2} Baginda sentiasa mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri Banginda dan keluarga Baginda.

3)Baginda sentiasa mendidik keluarga agar bersifat qanaah

SALAH FAHAM TENTANG QANAAH

  • Tidak membantu/menderma dengan alasan belum bersedia/belum kaya lagi
  • Hanya berserah kepada takdir tanpa berusaha
  • Hanya mengharapkan sumbangan dari orang kepada dirinya

HIKMAH QANAAH

  1. hide menjadi tenang
  2. imej diri tinggi
  3. memupuk sifat tabah,sabar dan syukur
  4. sifat kasih sayang menjadi teras masyarakat
Q